Kenangan bersama
Para pelajar bersama Ibu dan Bapa angkat semasa membuat lawatan bersama Dr hashim
barisan pelajar bersama keluarga angkat
Dr Hashim menyampaikan sumbangan
Pada 21/10/11 Kemas Seri Merchu bersama Pelajar UUM serta Dr Hashim bin Bujang telah mengadakan satu program amal dengan menziarahi warga warga Emas yang uzur dan kurang berkemampuan dari rumah ke rumah..Program ini dijalankan sempena program Anak Angkat dan Gotong Royong Perdana UUM dan KEMAS Seri Merchu kuala Kangsar. Program ini turut mendapat perhatian Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HKK,merangkap Jawatankuasa Masyarakat Sivil MPKK Dr Hashim Bin Bujang yang turut sama menyumbang dana dan tenaga beliau dalam menjayakan program tersebut.
Sebanyak 9 buah rumah telah dipilih untuk menerima sumbangan dan rawatan Percuma dari Dr Hashim serta KEMAS dan Pelajar UUM.. Apa yang ingin saya kongsikan bersama disini adalah semagat mereka dalam menjayakan Program tersebut harus dicontohi oleh semua pihak. saya juga turut sama mengikuti Program tersebut dan dapat merasakan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka walaupun dalam keadaan Hujan yang turun namun tidak sedikit pun menjejaskan usaha murni mereka
Pengerusi KEMAS turut sama turun padang.
Melihat pada kesungguhan mereka dalam menjayakan program ini, saya sungguh tersentuh dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh mereka. Ada juga penerima sumbangan yang tidak dapat menahan titisan air mata. Sifat kekeluargaan memang terserlah apabila para pelajar bersama ibu bapa angkat mereka bersama sama menziarahi warga Emas yang dalam keuzuran. Program ini dilihat berjalan dengan jayanya walaupun dalam keadaan hujan yang turun dengan lebat. Namun semua ini tidak langsung mematahkan semangat mereka untuk menjayakan program ini. Tahniah kepada KEMAS Seri Merchu kerana berjaya melaksanakan Program ini dengan jayanya.
Pelukan kasih sayang
Melihat sifat keikhlasan pelajar ini saya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan Tahniah kepada University Utara Malaysia (UUM) kerana melahirkan pelajar pelajar yang berjiwa murni dan behemah tinggi. Sifat sepeti ini haruslah dicontohi oleh pelajar pelajar yang lain. Dr Hashim sedang memberikan rawatan kepada warga Emas
Para Pelajar bersama warga Emas
Setinggi tinggi Tahniah kepada KEMAS Seri Merchu sera para Pelajar UUM dan Dr Hashim kerana berjaya menjalankan Program ini dengan jayanya. Diharap Program seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa dalam usaha membantu kerajaan merealisasikan matlamat Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Sebelum saya mengakhiri penulisan ini suka saya mengingatkan para pelajar yang turut serta dalam program ini supaya dapat terus manabur bakti kepada Agama Bangsa dan Negara. Dan ingatlah pesanan Dr hashim bin Bujang yang mana beliau dalam ucapannya ada menyebut tentang hubungan anak angkat dan keluarga angkat supaya hubungan ini tidak berakhir selepas program, hubungan ini hendaklah berkekalan hingga ke akhir hayat.