Tuesday, July 19, 2011
Halatuju Perjuangan Bangsa
Salam Perjuangan, hari ini ramai yang memperkatakan soal perjuangan..Persoalannya adakah mereka tahu apakah erti perjuangan yang mereka sebut sebut itu? apakah matlamat perjuangannya? apakah yang diperjuangkan?dan kemanakah halatuju perjuangan itu? Generasi sekarang banyak yang kurang input tentang perjuangan bangsa .Adakah mereka tidak mengetahui sejarah perjuangan? atau bagi mereka sejarah hanyalah sebuah sejarah bagi mereka? Jawapannya adalah kerana mereka tidak merasai bagaimana datuk nenek moyang kita dulu berjuang mempertahankan tanahair, bagaimana pahit dan peritnya pejuang-pejuang terdahulu mempertahankan kesucian bangsa,dengan titisan darah, air mata dan keringat .Sebak dada ini apabila medengar lagu Anak kecil main Api. Apa yang dikatakan dalam lirik lagu itu telah pun menjadi realiti pada hari ini tanpa kita sedari. bilakah kesedaran akan wujud dalam diri kita? atau mungkin kita perlu mengulangi peristiwa yang pernah dilalui oleh nenek moyang kita dulu? apakah yang kita akan jawab pada generasi akan datang jika pada masa itu kita menumpang di bumi sendiri? Kata-kata keramat TUN Dr Mahathir MELAYU MUDAH LUPA dan PERJUANGAN BELUM SELESAI, adalah benar dan tepat tanpa ragu. kita lupa tentang keperitan pejuang pejuang terdahulu hingga kita leka dalam mempertahankan kesucian bangsa kita pada hari ini dengan bersengketa sesama sendiri. terlalu banyak yang kita perlu lakukan untuk mempertahankan bangsa kita, tapi persoalannya bila? dan bagaimana? jawapannya ada pada diri kita sendiri..adakah kita mamapu menyambung perjuangan yang belum selesai atau kita memilih untuk berpatah balik ke masa silam? sama samalah kita renungkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment