Tuesday, July 26, 2011

jantan otai: ketua kampung perlu di KPI

jantan otai: ketua kampung perlu di KPI: "Istilah Key Performance Indicators ( KPI) kini menjadi bahan perbualan dan perbincangan di kalangan rakyat di seluruh Malaysia.Malah men..."

ketua kampung perlu di KPI


Istilah Key Performance Indicators ( KPI) kini menjadi bahan perbualan dan perbincangan di kalangan rakyat di seluruh Malaysia.Malah menjadi bahan debat di Parlimen sejak Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak mengumumkan bahawa KPI akan diperkenalkan untuk kakitangan kerajaan dan juga untuk menilai prestasi menteri menteri kabinetnya.
sememangnya sistem KPI ini adalah satu sistem terbaik yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Bagi memastikan setiap orang atau badan yang dipertanggungjawabkan menjalankan tanggungjawab dengan telus, sistem KPI adalah jawapan yang terbaik.
persoalannya dari peringgat manakah sistem KPI dijalankan? untuk memastikan hasrat kerajaan membina sebuah negara yang mantap, sistem kepimpinan dari peringkat kampung memainkan peranan yang cukup penting..
Bukan niat saya untuk mempertikaikan peranan ketua kampung, tetapi untuk memastikan hasrat kerajaan di jalankan dengan baik.
Apakah peranan Ketua kampung? Rakyat sering menyalahkan Wakil Rakyat (YB) sekiranya kemajuan yang diharapkan dapat dilakukan ditempat mereka tidak seperti yang diharapkan. kenapa ini berlaku? pada pendapat saya perkara ini berlaku adalah disebabkan ketua kampung tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik. kerajaan membayar elaun setiap bulan kepada ketua kampung. Adakah ianya berbaloi? sejauh manakah kemampuan ketua kampung untuk menjalankan tanggungjawab?
Transfomasi perlu dilakukan untuk memastikan hasrat murni kerajaan tercapai, dengan mengkaji semula kelayakan seseorang untuk menjadi ketua kampung.
Saya mencadangkan untuk seseorang itu layak mejadi ketua kampung, mereka perlu memenuhi beberapa krateria2 yang tertentu. sebagai contoh, krateria yang perlu ada pada ketua kampung adalah, mereka perlu menghadiri krusus kepimpinan dan di sahkan oleh satu badan yang dipertanggungjawabkan yang mana mereka telah lulus untuk dipilih sebagai ketua kampung. kelayakan dari segi pendidikan juga penting dalam kita mengejar arus kemodenan.
Dalam beberapa kaji selidik yang saya lakukan, saya dapati masih ramai lagi ketua kampung tidak tahu menggunakan komputer.perkara ini cukup membimbangkan.
Sistem KPI bagi Ketua Kampung juga perlu diwujudkan bagi memastikan setiap ketua kampung menjalankan tanggungjawab dengan baik dan bayaran elaun yang diberi oleh kerajaan kepada mereka berbaloi.
Jika perkara ini dapat dilaksanakan, saya percaya satu Transfomasi akan berlaku dimana rakyat dapat merasai kenikmatan serta hasrat murni kerajaan akan terlaksana dengan jayanya.~bersamalah kita memperjuangkan perjuangan yang belum selesai~


Tuesday, July 19, 2011

Halatuju Perjuangan Bangsa

Salam Perjuangan, hari ini ramai yang memperkatakan soal perjuangan..Persoalannya adakah mereka tahu apakah erti perjuangan yang mereka sebut sebut itu? apakah matlamat perjuangannya? apakah yang diperjuangkan?dan kemanakah halatuju perjuangan itu? Generasi sekarang banyak yang kurang input tentang perjuangan bangsa .Adakah mereka tidak mengetahui sejarah perjuangan? atau bagi mereka sejarah hanyalah sebuah sejarah bagi mereka? Jawapannya adalah kerana mereka tidak merasai bagaimana datuk nenek moyang kita dulu berjuang mempertahankan tanahair, bagaimana pahit dan peritnya pejuang-pejuang terdahulu mempertahankan kesucian bangsa,dengan titisan darah, air mata dan keringat .Sebak dada ini apabila medengar lagu Anak kecil main Api. Apa yang dikatakan dalam lirik lagu itu telah pun menjadi realiti pada hari ini tanpa kita sedari. bilakah kesedaran akan wujud dalam diri kita? atau mungkin kita perlu mengulangi peristiwa yang pernah dilalui oleh nenek moyang kita dulu? apakah yang kita akan jawab pada generasi akan datang jika pada masa itu kita menumpang di bumi sendiri? Kata-kata keramat TUN Dr Mahathir MELAYU MUDAH LUPA dan PERJUANGAN BELUM SELESAI, adalah benar dan tepat tanpa ragu. kita lupa tentang keperitan pejuang pejuang terdahulu hingga kita leka dalam mempertahankan kesucian bangsa kita pada hari ini dengan bersengketa sesama sendiri. terlalu banyak yang kita perlu lakukan untuk mempertahankan bangsa kita, tapi persoalannya bila? dan bagaimana? jawapannya ada pada diri kita sendiri..adakah kita mamapu menyambung perjuangan yang belum selesai atau kita memilih untuk berpatah balik ke masa silam? sama samalah kita renungkan.